WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR HULUR SUMBANGAN KEPADA WANITA CEKAL HILANG PENGLIHATAN, SEBELAH KAKI

10/03/2025 12:56 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang wanita cekal, Seripah Awang Bakar, yang diuji dengan masalah saraf mata dan kehilangan sebelah kaki akibat komplikasi kesihatan.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah wanita itu di Jalan Masjid Balok, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata walaupun bantuan itu tidak mampu menghilangkan segala beban Seripah, namun beliau berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepadanya.

"Walaupun dunia semakin pudar dan langkah semakin terbatas, semangat beliau tetap teguh menghadapi ujian hidup," katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan Anwar.

Ahmad Farhan turut mendoakan agar Seripah diberikan kesihatan yang lebih baik, dipermudahkan segala urusan, dan terus dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan