WILAYAH - TIMUR > BERITA

PENIAGA WARGA EMAS RUGI RM300,378 TERPEDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

10/03/2025 03:49 PM

KUANTAN, 10 Mac (Bernama) -- Seorang peniaga warga emas mengalami kerugian RM300,378 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi medium media sosial pada November lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata ia bermula apabila lelaki berumur 63 tahun itu tertarik dengan pelaburan mata wang kripto selepas melayari laman web Silegx yang dijumpainya di Facebook. 

“Mangsa membuat transaksi pertama pada 25 Nov lepas dan menerima pulangan RM20,698 pada 1 Jan. Tertarik dengan keuntungan awal itu, mangsa terus menambah pelaburan, namun kemudian mendapati dia tidak dapat mengeluarkan wang tersebut.

“Bagi membolehkannya mengeluarkan wang tersebut, mangsa diminta untuk memasukkan lagi wang dan mula mengesyaki telah ditipu. Mangsa telah memasukkan wang pelaburan sebanyak 10 kali transaksi ke sembilan akaun berbeza berjumlah RM300,378,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Yahaya menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan pelaburan dalam talian dan membuat semakan dengan pihak berkuasa bagi mengelak penipuan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan