WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENGANGKUTAN KHAS BUAT MAHASISWA ANAK MELAKA PULANG BERAYA - AB RAUF

18/03/2025 08:25 PM

MELAKA, 18 Mac (Bernama) -- Kerajaan Melaka akan menyediakan pengangkutan khas kepada mahasiswa anak Melaka yang belajar di seluruh Semenanjung untuk pulang ke negeri ini sempena Aidilfitri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan mereka pulang beraya di kampung masing-masing.

“Maklumat lanjut dan pihak yang akan menguruskan pengangkutan ini, kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Melaka Bagi Mac 2025 di sini hari ini.

Ab Rauf berkata selain pengangkutan khas itu, kerajaan negeri akan memberikan parkir percuma melibatkan semua kawasan petak pentadbiran pihak berkuasa tempatan bermula 1 hingga 7 Syawal.

 "Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Melaka dalam menyambut Aidilfitri," katanya. 

Terdahulu, lebih 2,000 penjawat awam menghadiri majlis perhimpunan itu bersama-sama kepimpinan negeri.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan