MANDALAY (Myanmar), 31 Mac (Bernama-Xinhua) -- Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar pada Isnin mendedahkan bahawa sebanyak 36 gempa susulan, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5, berlaku sehingga pagi Isnin, lapor Xinhua.
Gempa susulan itu menyusul selepas gempa bumi dahsyat berukuran 7.9 magnitud yang menggegarkan Myanmar pada Jumaat lalu pada 12.51 tengah hari waktu tempatan.
-- BERNAMA-XINHUA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan