WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEDUTAAN MALAYSIA DI BANGKOK SAMBUNG OPERASI 1 APRIL

01/04/2025 08:47 AM

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 31 Mac (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi pada Selasa selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas. 

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata kedutaan itu kini beroperasi di tingkat 17 Menara Pejabat Kronos di Jalan Sathorn dan keseluruhan bangunan itu telah ditutup oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

Beliau berkata Menara Pejabat Kronos telah diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat tanpa sebarang kerosakan.

"Dengan pembukaan semula Menara Pejabat Kronos, kedutaan akan kembali beroperasi seperti biasa di tingkat 17 mulai esok (1 April)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.

Bong berkata kedutaan itu ditutup pada Isnin sempena sambutan  Aidilfitri.

Pada Jumaat lepas, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Wilayah Sagaing, Myanmar sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, diikuti satu lagi gegaran bermagnitud 6.4.

Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand dan setakat ini meragut 18 nyawa, sementara puluhan lagi masih hilang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan