WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS RAMPAS 30KG GANJA, TAHAN LELAKI DI MIRI

01/04/2025 09:00 PM

KUCHING, 1 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass semalam, kata Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu.

Beliau berkata suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada kira-kira pukul 3.30 petang, semalam.

"Mahkamah Majistret Miri membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan