WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS SIASAT DAKWAAN KERJA KOREK TANAH PUNCA KEBAKARAN SALURAN GAS

01/04/2025 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Polis akan menyiasat dakwaan punca kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Subang Jaya, Selangor disebabkan oleh kerja mengorek di tanah rizab Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan.

Beliau berkata siasatan akan bermula esok kerana fokus hari ini lebih kepada usaha memadam kebakaran dan menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.

“Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlakunya kerja korek tanah di situ sehingga menyebabkan kebakaran.

“Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada berlaku, kita nak tahu siapa yang melakukan kerja-kerja mengorek itu,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Subang Jaya hari ini.

Terdahulu, Petronas mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd pada pukul 8.10 pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan