WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS : POLIS SAHKAN TERDAPAT AKTIVITI KOREK TANAH

04/04/2025 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Polis mengesahkan terdapat aktiviti pengorekan tanah dijalankan bagi menggantikan paip kumbahan 30 meter daripada kawasan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun ia telah dihentikan pada 30 Mac.

“Kita telah kenal pasti kontraktor dan jentera backhoe bagi kerja ganti paip kumbahan. Malah hasil polis juga mendapati terdapat satu eskavator (jengkaut) yang ada di situ turut terbenam.

“Adakah aktiviti korek tanah ini menyebabkan letupan? Ini perlu dikumpulkan bagi mendapatkan keterangan adakah korek tanah itu menyebabkan letupan itu berlaku,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata polis telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah melibatkan elemen khianat dan kecuaian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan