WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH

06/04/2025 04:09 PM

MELAKA, 6 April (Bernama) -- Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Ayer Molek di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pada kejadian 7.34 malam itu, suri rumah berusia 55 tahun berkenaan diragut dua lelaki menaiki motosikal semasa sedang menunggu anaknya keluar bekerja. 

"Wanita itu mendakwa suspek telah berpatah balik ke arahnya sebelum seorang daripada mereka merentap rantai leher emas dianggarkan bernilai RM12,000. 

"Mangsa cuba melawan namun gagal selain mendakwa sakit dada akibat kejadian itu. Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua pada hari sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata kejadian turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa yang menunjukkan suspek menunggang motosikal Kawasaki RR berwarna biru.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan individu sama disyaki terbabit kes ragut di Taman Astakajaya Buloh Kasap, Segamat, Johor, Khamis lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan