PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang mengesan dua saksi penting bagi membantu siasatan dalam kes yang sedang dijalankan melibatkan salah laku atau jenayah penguat kuasa.
EAIC memaklumkan dua individu itu ialah Faisal A. Hamid memegang kad pengenalan bernombor 740916-01-5469 dan Khairullah Ahmad (710219-01-6231).
"EAIC memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mana-mana individu berkenaan atau yang mengenali mereka untuk menghubungi EAIC dengan kadar segera," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Abdul Faizzani Abdul Aziz melalui talian 019-232 5569.
"Kerjasama daripada orang awam amat dihargai bagi membantu kelancaran proses siasatan serta menyokong usaha EAIC dalam memastikan integriti dan akauntabiliti agensi penguatkuasaan di negara ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial