WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA SARAWAK RAMPAS BALAK BERNILAI RM5.7 JUTA DIPEROLEHI SECARA HARAM

15/04/2025 12:47 PM

KUCHING, 15 April (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram dan merampas 400 batang kayu balak bernilai kira-kira RM5.7 juta dalam Op Taring Libas di Jalan Selangau, Sibu semalam.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata enam lelaki terdiri dari empat warga tempatan berumur 38 hingga 61 tahun, serta dua rakyat Indonesia berusia 32 dan 47 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu.

“Turut dirampas ialah sebuah kenderaan, dua jentera berat jenis kobelco, serta sebuah jentolak yang digunakan untuk kegiatan pembalakan itu. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,728,000 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tangkapan dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Cawangan Bintulu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan