WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CMG TANDATANGANI DOKUMEN KERJASAMA TERBANYAK DENGAN INSTITUSI MALAYSIA

17/04/2025 03:12 PM

PUTRAJAYA 17 April (Bernama-CMG) -- Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong bertukar-tukar dokumen kerjasama secara berasingan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing dan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek di Kompleks Seri Perdana Malaysia di sini pada Rabu.

Majlis itu disaksikan bersama oleh Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CMG sebagai institusi pihak China menandatangani empat dokumen kerjasama, iaitu terbanyak semasa lawatan Xi di Malaysia kali ini.

Menurut dokumen kerjasama yang baru ditandatangani tersebut, CMG akan membentuk mekanisme kerjasama rutin dengan Malaysia, memperkasakan kerjasama dalam pertukaran program yang berlainan, penghasilan program bersama, pertukaran karya filem dan televisyen, serta penganjuran aktiviti bersama bagi menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia yang holistik dari segi strategi.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan