WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JANGAN KLIK PAUTAN PALSU BERKAITAN STR - FAHMI

19/04/2025 08:32 PM

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

“Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer.

“Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya hanya merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

Sejak semalam, tular menerusi aplikasi WhatsApp satu mesej mengandungi pautan untuk orang ramai membuat semakan dan tuntutan STR. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan