WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERUNTUKAN RM1 BILION SUDAH DILULUS UNTUK RANCAKKAN PRODUKTIVITI PADI DI KEDAH - PM

22/04/2025 04:44 PM

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi merancakkan produktiviti padi di Kedah.

"Kita bagi RM1 bilion dan ia adalah berterusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah semalam berhubung tuntutan bayaran RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai insentif khas negeri itu mengekalkan kawasan jelapang padinya.

Peruntukan itu sebelum ini diumum oleh Anwar dalam Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Okt tahun lepas bagi membangunkan infrastruktur untuk menyokong projek penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun secara berfasa di Kawasan Muda, Kedah yang dilancarkan beliau pada 27 Feb lepas.

Ia merupakan sebahagian daripada peruntukan RM5.376 bilion yang diumumkan Perdana Menteri bagi meningkatkan produktiviti padi negara secara keseluruhan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan