WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRU2025 SINGAPURA: PAP MENDAHULUI DENGAN 87 KERUSI MENERUSI KIRAAN SAMPEL, WP MENANG 10

03/05/2025 11:57 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 3 Mei (Bernama) -- Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dijangka mengekalkan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen, menurut keputusan kiraan sampel setakat 10.55 Sabtu malam.

Parti Pekerja (WP) pula dijangka memperoleh 10 kerusi, sekali gus dilihat bakal mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2020 di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang, dan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Sengkang serta Aljunied.

Keputusan awal ini adalah berdasarkan kiraan sampel yang dijalankan pada permulaan proses pengiraan bagi memberikan petunjuk awal mengenai kemungkinan keputusan bagi setiap bahagian pilihan raya.

Bagaimanapun, keputusan akhir mungkin berbeza kerana wujud jidar selisih dalam kaedah kiraan sampel.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) menasihatkan orang ramai agar menunggu pengumuman rasmi keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Han Kok Juan, yang akan disiarkan secara langsung di televisyen.

“Proses pengiraan masih berjalan,” menurut kenyataan jabatan itu.

Ini merupakan Pilihan Raya Umum ke-19 di Singapura dan ke-14 sejak kemerdekaan pada 1965.

Pada hari penamaan calon sebelum ini, PAP telah menang tanpa bertanding lima kerusi di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade–Braddell Heights.

– BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan