WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CHINA MAHU ADAKAN RUNDINGAN PERDAGANGAN – TRUMP

07/05/2025 03:05 PM

WASHINGTON, 7 Mei (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa mendakwa bahawa pegawai-pegawai dari China menunjukkan hasrat untuk berunding bagi meredakan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa besar, justeru rundingan akan diadakan "pada masa yang sesuai", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Mereka mahu berunding dan mengadakan pertemuan.

“Dan kami akan bertemu dengan mereka pada masa yang sesuai,” kata Trump di Pejabat Oval ketika bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.

Pentadbiran Trump mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan import dari China.

Sebagai tindak balas, Beijing pula memperkenalkan tarif timbal balik sehingga 125 peratus terhadap barangan dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak memberikan pengecualian terhadap beberapa barangan tertentu yang dianggap penting, seperti produk elektronik terpilih bagi mengurangkan kesan ekonomi yang lebih besar.

Trump sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan bercanggah mengenai status rundingan dengan Beijing, antaranya terdapat pertukaran komunikasi antara kedua-dua pihak, termasuk satu panggilan telefon antara beliau dan Presiden China Xi Jinping, namun Beijing menafikan dakwaan itu.

-- BERNAMA-dpa


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan