WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WANITA DIDAKWA SALAH GUNA WANG RM400,000 MILIK SYARIKAT EDAR FILEM, PRODUKSI

09/05/2025 08:04 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bekas pekerja sebuah syarikat pengedar filem dan produksi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyalah guna wang syarikat terbabit berjumlah RM400,000 sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian, dua tahun lepas.

Zainath Mohd Ghani, 62, didakwa melakukan perbuatan itu di Sentul dari 12 Jan hingga 23 Ogos 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Amira Abdul Aziz, yang menetapkan sebutan kes pada 19 Jun ini, membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh manakala tertuduh diwakili peguam Kirthen Subramaniam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan