KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak berdepan masalah mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 2-0, dalam acara double Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Pada perlawanan pelengkap bagi menentukan naib juara Kumpulan B, menyaksikan Malaysia membariskan Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi, selesa meraih kemenangan 15-11 di set pertama.
Set kedua menampilkan perlawanan mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling mencari mata, namun kemasukan semula Muhammad Noraizat yang digantikan seketika Muhammad Redwan Hakim Muhammad, mengubah kembali rentak permainan negara.
Servis deras terakhir diambil Muhammad Noraizat memberikan kemenangan mata akhir 17-15 buat negara.
Malaysia selaku naib juara Kumpulan B, dijadualkan bertemu India selaku juara Kumpulan A di pusingan separuh akhir, esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial