BALIK PULAU, 12 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di daerah Barat Daya ditahan sepasukan polis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan ketika memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki itu menemukan pelbagai peralatan dan barang-barang yang disyaki berkait dengan kegiatan mencuri kabel termasuk gulungan kabel, beberapa batang keratan kabel dan peralatan tukul besi.
“Turut ditemukan besi diubah suai, set penyangkuk dan rantai pengangkat serta beberapa telefon bimbit dan kad pengenalan milik individu lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sazalee berkata hasil siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri kabel bersama tiga lagi individu yang masih bebas.
Beliau berkata suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan lima kes narkotik serta tujuh kes jenayah dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial