KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat PeterLabs Holdings Bhd dan anak syarikatnya Thye On Tong Trading Sdn Bhd (TOT) susulan dakwaan salah laku melibatkan seorang pengarah eksekutif syarikat itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat yang terlibat dalam produk kesihatan dan pemakanan haiwan itu memaklumkan bahawa pegawai SPRM merampas beberapa dokumen dan fail yang dipercayai berkaitan dengan siasatan ke atas Pengarah Eksekutif PeterLabs Datuk Loh Saw Foong.
Loh turut memegang jawatan sebagai Pengurus Besar TOT, sebuah syarikat pengedar barangan pengguna cepat laris (FMCG).
Pada 9 Mei lepas, PeterLabs membuat laporan rasmi kepada SPRM terhadap Loh atas dakwaan salah laku, konflik kepentingan serta pelanggaran tanggungjawab fidusiari.
Syarikat itu turut berkata Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan material, selaras dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan obligasi perundangan yang berkaitan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial