WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KANAK-KANAK LELAKI BERUSIA 11 TAHUN DITEMUKAN LEMAS TERJATUH SUNGAI

19/05/2025 10:39 PM

KEPALA BATAS, 19 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kota Aur, Kuala Muda Penaga di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.24 malam, yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum menggerakkan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Muda ke lokasi kejadian.

“Insiden melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terjatuh ke dalam sungai dan mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

John berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dengan operasi ditamatkan pada 8.37 malam.

 -- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan