WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EMPAT LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES SAMUN WARGA ASING

26/10/2025 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata terhadap seorang warga Bangladesh di Subang Jaya, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata tangkapan terhadap empat warga tempatan berumur 26 hingga 30 tahun itu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dilaporkan.

“Mangsa seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh disamun oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah rumah di Subang Jaya dan suspek telah melarikan barangan peribadi seperti telefon bimbit, wang tunai serta sebuah kereta jenis Honda City,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Azlan berkata hasil maklumat dan tindakan pantas polis membawa kepada penahanan semua suspek di sekitar Kajang dengan wang tunai, telefon bimbit serta kenderaan yang dilarikan berjaya dirampas.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah harta benda dan dadah,” katanya.

Beliau berkata mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan