WILAYAH - UTARA > BERITA

BOT KARAM: DUA LAGI IMIGRAN MYANMAR DITEMUKAN TERAPUNG

09/11/2025 07:26 PM

ALOR SETAR, 9 Nov (Bernama) -- Dua lagi imigran Myanmar dipercayai mangsa bot karam ditemukan terapung di perairan berhampiran kawasan Tuas Kuala Muda, Teriang, Langkawi kira-kira 3.11 petang tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan imigran yang ditemukan adalah 13 orang termasuk seorang wanita yang sudah meninggal dunia.

“Maritim Malaysia menerima panggilan telefon memaklumkan dua lelaki ditemukan terapung di kawasan berkenaan.

“Kedua-dua mangsa itu berjaya diselamatkan oleh nelayan sebelum dipindahkan ke bot Maritim Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa di perairan Langkawi susulan insiden bot karam yang berlaku di Pulau Tarutao di kawasan perairan sebelum sempadan Thailand-Malaysia. 

Operasi itu dilaksanakan selepas beberapa mangsa yang disyaki imigran dari Myanmar ditemukan di sekitar perairan Langkawi semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan