WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AMANAH BINCANG PENANGGUHAN PEMILIHAN DI PERINGKAT TERTINGGI PARTI

09/11/2025 07:46 PM

SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Parti Amanah Negara (Amanah) sedang meneliti sama ada akan menangguhkan pemilihan peringkat pimpinan tertinggi parti itu, yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan, kata ‎‎Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata terdapat peruntukan di dalam perlembagaan parti itu yang membenarkan penangguhan pemilihan berkenaan dan hal itu akan dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat peringkat nasional nanti. 

“Antara dua itu (tangguh atau laksana pemilihan) kami akan bincanglah sebab kami tengok juga mood pilihan raya tu bila,” katanya ketika ditemui selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025 di sini hari ini.

‎‎Terdahulu, media melaporkan usul berkaitan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan antara yang menjadi perhatian pada hari kedua konvensyen itu dan suasana tenang menjadi sedikit tegang apabila beberapa perwakilan mendesak agar usul itu dibahaskan segera.

‎-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan