WILAYAH - SABAH > BERITA

PM ANWAR LAWAT SABAH DUA HARI BERMULA HARI INI

15/11/2025 02:56 PM

KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1.45 tengah hari untuk memulakan lawatan dua hari ke Sabah.

Beliau dijadual menghadiri Dialog Anak Muda bersama Perdana Menteri pada 2 petang di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang sebelum menghadiri Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Kampung Duvanson, Putatan.⁠

Anwar turut dijadual melawat mangsa kebakaran Kampung Petagas pada 4.20 petang sebelum menghadiri Ceramah Perdana dan makan malam bersama masyarakat Cina Kota Kinabalu di Putera Ballroom, Kampung Padang di sini.

Beliau kemudian akan menghadiri Ceramah Perdana PM Sayang Sabah DUN Petagas pada 8.30 malam di Hotel Pan Borneo diikuti ceramah sama di DUN Inanam di tapak letak kereta Inanam New Township.

Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan Program Ramah Mesra bersama pimpinan masyarakat DUN Tulid pada 10.30 pagi di Padang Kampung Menawo Ulu, Tulid, Keningau dan Program Ramah Mesra di DUN Melalap pada 12.20 tengah hari di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 Nov.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan