WILAYAH - TENGAH > BERITA

SPRM KESAN ADAM RADLAN BANTU SIASATAN PROJEK LEBUH RAYA MEX II

15/11/2025 03:55 PM

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan berhubung kes projek Lebuh Raya MEX II.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, Adam Radlan, 44, kali terakhir menetap di A16-2, Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas, 50480 di sini. 

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai beliau diminta menghubungi pegawai penyiasat G. Sharan Raj melalui talian 014-3560771 atau e-mel:  sharanraj@sprm.gov.my.

Projek pembinaan lebuh raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II) dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA itu mula dibina pada 2016 dan sepatutnya siap pada penghujung 2019, namun didakwa tertangguh akibat masalah kewangan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan