WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RANHILL SAJ MENINGGAL DUNIA

24/11/2025 10:57 PM

JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Anuar Abdul Ghani meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pakar KPJ Abdul Samad di sini petang tadi pada usia 62 tahun. 

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Ranhill SAJ Ahmad ‘Asri Khalbi.

Anuar yang berpengalaman hampir empat dekad dalam industri air terawat dan tokoh ternama dalam sektor itu di peringkat nasional serta antarabangsa, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Di bawah kepimpinannya, Ranhill SAJ mencatat pelbagai pencapaian penting termasuk peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan pembaharuan teknologi serta penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) terendah dalam negara.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Dagang, Kota Tinggi pagi esok.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan