GUA MUSANG, 26 Nov (Bernama) -- Penduduk Kampung Limau Kasturi, di sini yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai dinasihatkan supaya berpindah lebih awal berikutan paras Sungai Galas menunjukkan trend menaik dan kini berada pada tahap amaran.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata proses pemindahan awal itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta sukarelawan.
"Penduduk yang terlibat telah diberi penerangan secara lisan oleh anggota keselamatan di kampung berkenaan dan dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, bagi mengelakkan risiko banjir," katanya ketika dihubungi malam ini.
Sik berkata ada anggota yang terpaksa memujuk dan menasihati beberapa penduduk yang enggan berpindah kerana keutamaan polis ialah keselamatan penduduk.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial