SHAH ALAM, 5 Dis (Bernama) -- Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
"Faham (pertuduhan), tidak (mengaku bersalah dan mohon dibicarakan)," katanya dengan nada tenang.
Shamsul Iskandar, ketika itu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, didakwa secara rasuah memperoleh suapan berjumlah RM62,924 daripada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing, 37, di sebuah bank di Country Heights, Kajang antara 28 Nov 2023 hingga 23 Sept 2024.
Wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bank seorang wanita bagi tujuan pembayaran sewa sebuah rumah di Kuala Lumpur, dan didakwa sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat milik Tei yang berkepentingan mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu menetapkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd Nasir kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menggunakan terma dan syarat jaminan yang sama seperti ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, dan memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial