KAJANG, 5 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas didakwa dibawa arus deras dalam longkang besar di Taman Prima Saujana di sini semalam, bersambung pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi bersambung pada 8 pagi.
“Kawasan pencarian kini telah memasuki Sungai Langat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati pasukan SAR yang turut melibatkan anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat melakukan pencarian mangsa berusia 14 tahun itu.
Semalam, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana di sini.
Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada 7.47 malam tadi di Sungai Merbau di Kampung Sungai Kantan, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial