SHAH ALAM, 11 Dis (Bernama) -- Dua kanak-kanak dan seorang jurutol wanita antara lapan yang terselamat selepas sebuah treler merempuh pondok tol di Plaza Tol Kemuning di sini, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata menerima maklumat kejadian pada 9.17 malam.
“Kemalangan membabitkan sebuah treler dipandu lelaki tempatan yang turut melanggar dua kereta dinaiki empat wanita, seorang lelaki dan dua kanak-kanak.
“Ketika bomba tiba di lokasi semua mangsa selamat keluar dari kenderaan dan hanya jurutol mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata operasi yang melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tamat pada 9.50 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial