WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SEMUA PIHAK PERLU PATUHI PROSEDUR JIKA LIBATKAN PROGRAM DI SEKOLAH

12/12/2025 04:17 PM

IPOH, 12 Dis (Bernama) -- Mana-mana pihak sama ada ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang kenamaan termasuk pempengaruh media sosial yang menghadiri sebarang program di sekolah perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri boleh mempertimbangkan sesiapa pun untuk menghadiri program di sekolah berdasarkan input yang diperoleh daripada pihak sekolah.

"Apa yang penting adalah apa-apa aktiviti atau program yang kita laksanakan di sekolah ini perlulah memastikan ia memberi manfaat kepada anak-anak kita. 

"Pada masa yang sama, kita nak pastikan segala garis panduan itu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penyerahan papan pintar interaktif (smartboard) kepada 83 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak membabitkan peruntukan berjumlah RM984,000 di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video dimuat naik seorang pempengaruh yang memaparkan dirinya merasmikan satu majlis anugerah di sebuah sekolah di Kedah.

Bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang berpendapat pempengaruh berkenaan tidak layak menjadi perasmi bagi majlis di sekolah tersebut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan