WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN PANGLIMA ATM

17/12/2025 10:09 PM

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar di pejabatnya, di Putrajaya hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Nizam.

"Terima kasih atas jasa bakti, kepimpinan serta pengabdian yang tidak berbelah bahagi sepanjang perkhidmatan bersama ATM demi kedaulatan dan keselamatan negara,” kata beliau dalam hantaran itu.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Mohd Nizam akan bersara pada umur 60 tahun mengikut tarikh persaraan wajib seperti biasa, tahun hadapan.

Beliau turut mengesahkan persaraan Mohd Nizam tiada kaitan dengan siasatan Op Sohor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Nizam dijadualkan mula bercuti pada 1 Jan 2026 sebelum bersara wajib pada Ogos.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan