WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BANJIR DI PAHANG SEMAKIN PULIH, 580 MANGSA BERLINDUNG DI LAPAN PPS

22/12/2025 09:08 AM

KUANTAN, 22 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) turun mendadak kepada 580 orang daripada 167 keluarga pagi ini berbanding 2,575 orang daripada 859 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan hanya lapan PPS masih beroperasi di lima daerah setakat 8 pagi iaitu tiga di Pekan, dua di Bera serta masing-masing satu di Kuantan, Temerloh dan Maran. 

Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 259 orang daripada 75 keluarga diikuti Pekan (206 orang daripada 67 keluarga) dan Bera (67 orang daripada 16 keluarga).

“Daerah Maran pula mencatatkan 35 mangsa daripada enam keluarga manakala Temerloh merekodkan 13 mangsa daripada tiga keluarga,” menurut kenyataan itu. 

Infopublic banjir pula memaklumkan bahawa dua sungai utama melepasi bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran yang mencatatkan 19.39 meter manakala Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini di Pekan mencatatkan 15.73 meter. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan