WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BAZAR LAMA KAMPAR MUSNAH DALAM KEBAKARAN

22/12/2025 11:22 AM

IPOH, 22 Dis (Bernama) -- Sebuah bazar yang menempatkan 54 unit ruang niaga di Jalan Idris, Kampung Masjid, pekan Kampar musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.10 pagi. 

“Kesemua unit (niaga) di bazar lama berkenaan musnah dengan pihak kami dimaklumkan hanya 10 unit sahaja yang beroperasi terdiri daripada kedai menjual pakaian, barangan runcit dan makanan.

“Bazar yang terbakar juga adalah bangunan lama daripada bahan binaan jenis kayu kelas C setingkat serta tidak melibatkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja pemadaman dijalankan membabitkan empat jentera serta 25 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar, BBP Gopeng dan BBP Tapah.

Shazlean berkata pihak bomba berjaya memadam sepenuhnya kebakaran pada 7.46 pagi tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan