WILAYAH - TENGAH > BERITA

INISIATIF MYSTEP DITERUSKAN PADA 2026

28/12/2025 11:14 AM

PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Kerajaan memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun depan.

Menerusi akaun Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), keputusan itu dinyatakan melalui surat edaran bertarikh 24 Dis ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail.

“Inisiatif ini disasarkan kepada graduan atau pencari kerja termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas bagi memberi peluang dan pengalaman pekerjaan sektor awam untuk jangka masa pendek,” menurut hantaran itu. 

JPA memaklumkan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan berdasarkan peraturan dan tatacara ditetapkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuat kuasa 1 Jan 2026.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan