WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERJATUH KE DALAM SUNGAI

28/12/2025 12:32 PM

KUCHING, 28 Dis (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan di Jalan Muara Mongkos, Serian, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 3.55 pagi.

Mangsa Belvind Avril Bobbyson, 22, ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Maklumat awal mendapati lelaki itu terlibat kemalangan sebelum melanggar palang besi jambatan dan terjatuh ke dalam sungai,” menurut kenyataan itu.

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan