WILAYAH - SARAWAK > BERITA

GURU MENGAKU LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP DUA MURID LELAKI

31/12/2025 06:45 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Seorang guru hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki.

Kumpul, 40, yang merupakan warga Indonesia, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju di sini antara April 2024 dan November 2025 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan. 

Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh, dan terdapat risiko untuknya melarikan diri selain memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.

Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 5 dan 21 Jan depan untuk fakta kes serta hukuman.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan