WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEMANDU KENDERAAN ELEKTRIK KINI DIKENAKAN CAJ KESESAKAN DI LONDON

02/01/2026 03:44 PM

LONDON, 2 Jan (Bernama-PA Media/dpa) -- Pemandu kenderaan elektrik (EV) di pusat bandar London kini perlu membayar caj kesesakan buat kali pertama, lapor PA Media/dpa.

Datuk Bandar London Sadiq Khan mengesahkan pada November lalu bahawa kenderaan elektrik tidak lagi dikecualikan daripada bayaran itu bermula Jumaat.

Caj kesesakan harian bagi kenderaan bukan elektrik turut dinaikkan buat kali pertama sejak 2020, daripada £15 kepada £18 (US$20.20 kepada US$24.30).

Caj kesesakan yang diperkenalkan pada 2003 meliputi kawasan tengah London dari 7 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja, serta dari tengah hari hingga 6 petang pada hujung minggu dan cuti umum.

Sebelum ini, kenderaan elektrik sepenuhnya layak menerima diskaun 100 peratus, namun mulai Jumaat, diskaun itu dikurangkan kepada 25 peratus bagi kereta dan 50 peratus bagi van serta lori.

Diskaun berkenaan akan dikurangkan lagi mulai 4 Mac 2030 kepada 12.5 peratus bagi kereta dan 25 peratus bagi van dan lori.

Pengurangan sehingga 90 peratus akan diberikan kepada penduduk yang menetap dalam zon tersebut.

Bagaimanapun, mereka yang berpindah masuk ke kawasan itu selepas 1 Mac 2027 tidak layak menerima diskaun kecuali menggunakan kenderaan elektrik.

-- BERNAMA-PA Media/dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan