WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JUARA DUNIA TANG JIE-EE WEI DILANTIK SEBAGAI DUTA ALLIANZ MALAYSIA

02/01/2026 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dilantik sebagai duta Allianz Malaysia Berhad sebagai pengiktirafan terhadap status mereka sebagai juara dunia selain nilai disiplin, ketabahan serta konsistensi ditunjukkan gandingan itu.

Allianz Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pasangan itu akan terlibat secara aktif dalam kempen syarikat berkenaan terutamanya menerusi Program Allianz C.E.O iaitu laluan kerjaya berstruktur yang menyasarkan pada melatih perunding insurans menjadi penasihat kewangan.

"Kami berbesar hati mempunyai juara dunia sebagai duta jenama kami. Kami bekerjasama dengan mereka kerana turut percaya bahawa kejayaan bertaraf dunia dibina dengan disiplin, ketabahan dan motivasi.

"Ia bukan hanya mengenai bakat tetapi mengenai konsistensi, daya tahan dan keberanian untuk bergerak ke hadapan, nilai-nilai yang mencerminkan pemikiran seorang 'Allianz Life Changer'," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Malaysia Berhad Sean Wang.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, logo Program Allianz C.E.O. akan dipaparkan pada bahu kanan jersi pemain, bermula dengan Terbuka Malaysia minggu depan.

Sementara itu, Ee Wei berkata mereka gembira kerana diberikan kepercayaan dan yakin bahawa perkongsian itu akan mendorong mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

"Tang Jie dan saya benar-benar teruja bekerjasama dengan Allianz Malaysia terutamanya kerana sokongan padu mereka terhadap badminton Malaysia...lebih-lebih lagi, diberi peluang ini oleh suatu organisasi global meningkatkan keyakinan kami dan akan menggalakkan (kami) untuk sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan," kata atlet berusia 25 tahun itu.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan