MUKAH, 3 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari perahu ketika menangkap ikan di Muara Batang Oya, di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPN) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.23 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikerah ke lokasi kejadian.
“Jentera bomba tiba di lokasi pada 9.46 pagi, kira-kira 21 kilometer dari balai dan operasi pencarian segera dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal daripada ahli keluarga, mangsa berusia 28 tahun itu keluar seorang diri ke muara sungai untuk menangkap ikan sebelum dilaporkan hilang.
Operasi pencarian melibatkan empat anggota bomba dengan penggunaan sebuah kenderaan EMRS, kenderaan pacuan empat roda serta sebuah bot penyelamat.
Operasi pencarian mangsa turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial