KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) melihat penangguhan e-invois sebagai langkah pragmatik yang mengiktiraf jurang kesediaan di kalangan perusahaan mikro dan kecil, khususnya dari segi keupayaan digital, penyepaduan sistem serta kos pematuhan.
Presiden FMM, Jacob Lee, berkata begitu juga, semakan ke atas ambang cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan sewa akan membantu mengurangkan tekanan kos kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya pengilang serta penyedia perkhidmatan sokongan yang beroperasi dari premis yang disewa disebabkan kapasiti kewangan yang terhad untuk membeli atau membina kemudahan mereka sendiri.
“Untuk kebanyakan perniagaan kecil, perbelanjaan sewa mewakili kos tetap dan tidak dapat dielakkan, pelepasan daripada beban cukai tambahan akan menyediakan ruang yang sangat diperlukan bagi mengurus aliran tunai, melabur dalam peningkatan produktiviti serta menyokong kesinambungan perniagaan,” katanya kepada Bernama.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa e-invois mandatori untuk syarikat dengan jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta, yang pada asalnya dijadualkan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026, telah dilanjutkan selama setahun tanpa sebarang penalti dikenakan. Anwar berkata keputusan penangguhan ini dibuat memandangkan terdapat beberapa syarikat masih belum bersedia berikutan kos pelaksanaan e-invois yang tinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial