WILAYAH - SELATAN > BERITA

LIMA PENUNGGANG MOTOSIKAL CEDERA KEMALANGAN DI TAMBAK JOHOR

05/01/2026 11:18 PM

JOHOR BAHRU, 5 Jan (Bernama) -- Lima penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan di Tambak Johor menghala ke republik itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian pada 9.20 pagi itu dipercayai berlaku apabila seorang penunggang berhenti dan membuat pusingan U untuk mengambil barang peribadi yang terjatuh di jalan raya. 

“Empat penunggang motosikal lain yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan. Akibat perlanggaran itu, kesemua mangsa terjatuh di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua lelaki tempatan berusia 29 hingga 50 tahun itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan lanjut dan kemalangan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular menerusi laman sosial Facebook satu video berdurasi sembilan minit memaparkan deretan motosikal yang jatuh dan terhimpit antara satu sama lain disebabkan kemalangan di Tambak Johor, iaitu jalan darat yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan