WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RAKYAT MALAYSIA DI NARATHIWAT DIGESA PATUHI PERINTAH BERKURUNG

12/01/2026 03:14 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melawat wilayah Narathiwat digesa mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand susulan siri insiden keganasan di tiga wilayah di selatan negara itu pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata perintah berkurung itu menghendaki orang awam berada di rumah dari 9 malam hingga 5 pagi.

“Mengambil kira perkembangan terbaharu ini, warganegara Malaysia yang menetap atau sedang melawat wilayah Narathiwat adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan perintah berkurung, manakala mereka yang berhasrat untuk ke wilayah tersebut hendaklah menangguhkannya sehingga situasi mengizinkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah digalakkan supaya mendaftar keberadaan mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674 311 062 / +6674 316 274 atau +6693 657 0707 (kecemasan sahaja) atau e-mel di mwsongkhla@kln.gov.my.

Pihak berkuasa Thailand berkata 11 stesen minyak di tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Yala dan Pattani - menjadi sasaran serangan bom dan arson yang dilakukan secara serentak pada awal pagi Ahad mengakibatkan empat individu cedera.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan