WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AHMAD ZAHID SAHKAN AKAN JUMPA DR MUHAMAD AKMAL PETANG INI

13/01/2026 02:47 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh petang ini.

“Beliau akan jumpa saya petang ini, saya tak tahu apa keputusan beliau (mengenai kedudukannya dalam parti dan kerajaan),” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, Dr Muhamad Akmal berkata beliau akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.

Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan