WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIGA LELAKI MAUT, TIGA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI GUA MUSANG - BOMBA

13/01/2026 03:59 PM

KOTA BHARU, 13 Jan (Bernama) -- Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah termasuk seorang wanita dalam kemalangan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai tengah hari tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PBK I Che Razak Harun berkata kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang dinaiki empat lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita pula menaiki kenderaan van jenis Toyota Hiace.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.01 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi pada 1.43 tengah hari, pasukan mendapati enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dengan tiga lelaki dalam kereta Nissan Serena meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tersepit dan mengalami kecederaan parah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata dua lagi mangsa termasuk seorang wanita yang menaiki van turut cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan