WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BANJIR: SATU PPS DI SARAWAK TUTUP, SEMBILAN MASIH AKTIF

13/01/2026 04:49 PM

KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sarawak ditutup petang ini, menjadikan PPS yang masih aktif di negeri itu kini menjadi sembilan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS aktif tersebut melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

Menurut jawatankuasa itu, setakat 4 petang ini juga jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,630 orang daripada 506 keluarga, berbanding 1,773 mangsa daripada 560 keluarga pagi tadi.

“Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga, Dewan Masyarakat Serian (311 mangsa daripada 91 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (262 mangsa daripada 84 keluarga).

“Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 189 mangsa daripada 57 keluarga,” menurut makluman itu.

Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Dis tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan