WILAYAH - UTARA > BERITA

PGA SERBU PREMIS PROSES MINUMAN TRADISIONAL TIDAK BERLESEN DI BALING

15/01/2026 02:35 PM

BALING, 15 Jan (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah premis yang memproses minuman berasaskan akar kayu dan pelbagai ramuan tradisional di Baling, semalam, merampas pelbagai peralatan, mesin dan minuman bernilai lebih RM1 juta.

Komander Briged Utara PGA SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh berkata operasi itu dijalankan menerusi Operasi Intra Agensi (Operasi Taring Dosej) oleh Cawangan Risik Batalion 2 PGA, dengan bantuan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman serta pegawai Majlis Daerah Baling (MDB), Pejabat Kesihatan Daerah dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kedah.

“Premis berkenaan memproses minuman herba tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan lesen MDB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pemeriksaan turut menemui mesin pemproses dan pembungkus minuman herba, pelbagai akar kayu dan bahan ramuan, termasuk minuman siap edaran, dengan jumlah rampasan dianggarkan RM1,028,080.

Seorang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 30 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan, yang dijalankan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Seksyen 17(1) Akta Makanan 1983.

– BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan