WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JURUTERA WANITA RUGI RM102,100 TERPERDAYA TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD

18/01/2026 02:00 PM

DUNGUN, 18 Jan (Bernama) -- Seorang jurutera wanita mengalami kerugian RM102,100 selepas terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud yang disertai pada 10 Jan lepas.

 Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata jurutera berumur 34 tahun itu dimasukkan di dalam kumpulan WhatsApp dikenali feedback & rating (2026) setelah menekan pautan iklan di aplikasi Facebook.

Beliau berkata mangsa diarahkan melakukan beberapa tugasan oleh admin kumpulan WhatsApp itu untuk mendapatkan ganjaran dan hadiah lebih besar.

“Mangsa telah melakukan beberapa tugasan yang diberi dan seterusnya menerima pulangan sebanyak RM310 bagi tugasan yang dilakukan pada 10 dan 11 Jan lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau berkata wanita itu juga diarahkan membuat beberapa tugasan lain di dalam aplikasi Telegram serta diminta memasukkan wang bagi menyelesaikan tugasan tersebut.

Maizura berkata mangsa kemudian telah membuat sebanyak 11 transaksi pemindahan wang ke dalam tujuh akaun berbeza berjumlah keseluruhan RM102,100. 

 “Jurutera itu yang menyedari ditipu sindiket itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun semalam,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan