WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUAMI ISTERI MELECUR DISAMBAR API KETIKA MENYELAMATKAN DIRI

18/01/2026 02:08 PM

CHUKAI, 18 Jan (Bernama) -- Sepasang suami isteri melecur pada muka, tangan dan kaki akibat disambar api ketika menyelamatkan diri setelah rumah mereka terbakar di Kampung Tok Kapor, Binjai di sini hari ini.

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hanif Che Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi, Muhammad Haris Kamaruddin, 25, dan isterinya yang juga warga Thailand dikenali Miss Hananee, 29, diberikan rawatan awal Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.51 pagi dan sebanyak 21 pegawai dan anggota bomba dari BBP Chukai dan BBP Kemaman bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan kesemua penghuni rumah itu berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Hanif berkata rumah itu terbakar kira-kira 50 peratus dan kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang hangus terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Myvi terbakar hampir 15 peratus.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak sebelum operasi pemadaman ditamatkan pada 5.07 pagi,” katanya.

 -- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan